Pemburu
Tiket Murah
Join Telegram
MYCuti 2027
Tips tiket

Cuti Umum & Cuti Sekolah 2027: Senarai Penuh Ikut Negeri + Cara Dapat Cuti Panjang

Diterbitkan 7 min bacaPemburu Tiket Murah

Tahun 2027 ada 12 cuti umum persekutuan yang meliputi 14 hari, dan banyak yang jatuh betul-betul sebelah hujung minggu. Kalau korang susun cuti tahunan (AL) dengan betul, Raya Haji dan Wesak boleh jadi cuti 9 hari dengan hanya 3 hari AL. Di bawah ada senarai penuh cuti umum, cuti ganti dan cuti sekolah 2027, plus perancang yang kira cuti panjang ikut negeri korang.

Cuti panjang 2027 sekali imbas

  • Tahun Baharu Cina, 6–8 Feb: jatuh Sabtu dan Ahad, jadi Isnin 8 Feb cuti ganti (Johor 9 Feb). Cuti 3 hari tanpa AL.
  • Hari Raya Aidilfitri, 10–11 Mac: Rabu dan Khamis. Ambil AL Jumaat 12 Mac untuk cuti 5 hari. Melaka memang cuti pada 12 Mac.
  • Raya Haji dan Wesak, 15–23 Mei: Raya Haji hari Isnin, Wesak hari Khamis. Ambil AL 18, 19 dan 21 Mei, dapat 9 hari.
  • Awal Muharram dan Hari Keputeraan Agong, 5–8 Jun: Ahad dan Isnin, kemudian Selasa cuti ganti. 4 hari tanpa AL.
  • Merdeka, Hari Malaysia dan Deepavali: Selasa 31 Ogos, Khamis 16 Sep dan Khamis 28 Okt. Setiap satu jadi 4 hari dengan 1 hari AL.
  • Cuti sekolah pertengahan tahun: bercantum dengan cuti Raya Haji dan Wesak. Murid Kumpulan B tidak ke sekolah dari 15 Mei hingga 8 Jun.

Senarai ini untuk negeri yang cuti hujung minggu Sabtu–Ahad. Kedah, Kelantan dan Terengganu cuti Jumaat–Sabtu, jadi kiraannya lain. Pilih negeri korang dalam perancang di bawah.

Perancang cuti panjang 2027 ikut negeri

Perancang ini gabungkan cuti umum persekutuan, cuti negeri, cuti ganti dan hujung minggu negeri korang, kemudian cari tarikh yang beri hari cuti paling banyak untuk setiap hari AL.

Perancang cuti panjang 2027

Korang bekerja di negeri mana?

Selangor: 21 hari cuti umum pada 2027 (termasuk 3 cuti ganti), 7 daripadanya jatuh hujung minggu. 14 peluang cuti panjang.

  1. 3hari

    Jum 1 Jan – Ahd 3 Jan

    Tahun Baharu

    Tak perlu ambil AL

    0 AL
  2. 3hari

    Jum 22 Jan – Ahd 24 Jan

    Hari Thaipusam

    Tak perlu ambil AL

    0 AL
  3. 3hari

    Sab 6 Feb – Isn 8 Feb

    Tahun Baharu Cina

    Tak perlu ambil AL

    0 AL
  4. 9hari

    Sab 6 Mac – Ahd 14 Mac

    Hari Raya Aidilfitri

    Ambil AL: Isn 8 Mac, Sel 9 Mac, Jum 12 Mac

    3 AL
  5. 5hari

    Rab 10 Mac – Ahd 14 Mac

    Hari Raya Aidilfitri

    Ambil AL: Jum 12 Mac

    1 AL
  6. 3hari

    Sab 15 Mei – Isn 17 Mei

    Hari Raya Qurban

    Tak perlu ambil AL

    0 AL
  7. 9hari

    Sab 15 Mei – Ahd 23 Mei

    Hari Raya Qurban · Hari Wesak

    Ambil AL: Sel 18 Mei, Rab 19 Mei, Jum 21 Mei

    3 AL
  8. 4hari

    Kha 20 Mei – Ahd 23 Mei

    Hari Wesak

    Ambil AL: Jum 21 Mei

    1 AL
  9. 4hari

    Sab 5 Jun – Sel 8 Jun

    Awal Muharram · Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

    Tak perlu ambil AL

    0 AL
  10. 9hari

    Sab 5 Jun – Ahd 13 Jun

    Awal Muharram · Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

    Ambil AL: Rab 9 Jun, Kha 10 Jun, Jum 11 Jun

    3 AL
  11. 3hari

    Sab 14 Ogos – Isn 16 Ogos

    Maulidur Rasul

    Tak perlu ambil AL

    0 AL
  12. 4hari

    Sab 28 Ogos – Sel 31 Ogos

    Hari Kebangsaan

    Ambil AL: Isn 30 Ogos

    1 AL
  13. 4hari

    Kha 16 Sep – Ahd 19 Sep

    Hari Malaysia

    Ambil AL: Jum 17 Sep

    1 AL
  14. 4hari

    Kha 28 Okt – Ahd 31 Okt

    Hari Deepavali

    Ambil AL: Jum 29 Okt

    1 AL
Semua cuti umum di Selangor (21)
  • Jum 1 JanTahun Baharu
  • Jum 22 JanHari Thaipusam
  • Sab 6 FebTahun Baharu Cina
  • Ahd 7 FebTahun Baharu Cina (hari kedua)
  • Isn 8 FebCuti ganti Tahun Baharu Cina
  • Rab 24 FebHari Nuzul Al-Quran
  • Rab 10 MacHari Raya Aidilfitri *
  • Kha 11 MacHari Raya Aidilfitri (hari kedua) *
  • Sab 1 MeiHari Pekerja
  • Isn 17 MeiHari Raya Qurban *
  • Kha 20 MeiHari Wesak
  • Ahd 6 JunAwal Muharram
  • Isn 7 JunHari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
  • Sel 8 JunCuti ganti Awal Muharram
  • Ahd 15 OgosMaulidur Rasul
  • Isn 16 OgosCuti ganti Maulidur Rasul
  • Sel 31 OgosHari Kebangsaan
  • Kha 16 SepHari Malaysia
  • Kha 28 OktHari Deepavali *
  • Sab 11 DisHari Keputeraan Sultan Selangor
  • Sab 25 DisHari Krismas

* Tertakluk kepada perubahan.

Hujung minggu Sabtu–Ahad. Cuti ganti dikira ikut Akta Hari Kelepasan 1951.

Senarai cuti umum persekutuan 2027

Ini jadual hari kelepasan am persekutuan 2027 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

TarikhCutiCatatan
6 FebSabtuTahun Baharu CinaSabtu: tiada cuti ganti
7 FebAhadTahun Baharu Cina (hari kedua)Ahad: cuti ganti Isnin 8 Feb (Johor 9 Feb)
10 MacRabuHari Raya Aidilfitri *
11 MacKhamisHari Raya Aidilfitri (hari kedua) *Melaka tambah 12 Mac
1 MeiSabtuHari PekerjaSabtu: tiada cuti ganti
17 MeiIsninHari Raya Qurban *
18 MeiSelasaHari Raya Qurban (hari kedua) *Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu sahaja
20 MeiKhamisHari Wesak
6 JunAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)Ahad: cuti ganti Selasa 8 Jun
7 JunIsninHari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
15 OgosAhadMaulidur RasulAhad: cuti ganti Isnin 16 Ogos
31 OgosSelasaHari Kebangsaan
16 SepKhamisHari Malaysia
28 OktKhamisHari Deepavali *Kecuali Sarawak
25 DisSabtuHari KrismasSabtu: tiada cuti ganti

* Tertakluk kepada perubahan. Cuti ganti dalam lajur catatan untuk negeri hujung minggu Sabtu–Ahad.

Cuti umum negeri 2027

Selain cuti persekutuan, setiap negeri ada cuti sendiri, contohnya hari keputeraan Sultan. Cari nama negeri korang dalam lajur paling kanan.

TarikhCutiNegeri
1 JanJumaatTahun BaharuSemua kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
6 JanRabuIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu
14 JanKhamisHari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
22 JanJumaatHari ThaipusamJohor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
1 FebIsninHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
8 FebIsninAwal Ramadan *Johor dan Kedah
20 FebSabtuHari Pengisytiharan Tarikh KemerdekaanMelaka
24 FebRabuHari Nuzul Al-QuranSemua kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak
4 MacKhamisHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
12 MacJumaatHari Raya Aidilfitri (hari ketiga)Melaka
23 MacSelasaHari Keputeraan Sultan JohorJohor
26 MacJumaatGood FridaySabah dan Sarawak
30 MacSelasaHari Jadi Yang di-Pertua Negeri SabahSabah
26 AprIsninHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
16 MeiAhadHari ArafahKelantan dan Terengganu
17 MeiIsninHari Ulang Tahun Keputeraan Raja PerlisPerlis
22 MeiSabtuHari Hol Almarhum Sultan Ahmad ShahPahang
30 MeiAhadPesta KaamatanSabah dan Labuan
31 MeiIsninPesta Kaamatan (hari kedua)Sabah dan Labuan
1 JunSelasaHari Gawai DayakSarawak
2 JunRabuHari Gawai Dayak (hari kedua)Sarawak
20 JunAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
7 JulRabuHari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
10 JulSabtuHari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang
11 JulAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 JulKhamisHari Kemerdekaan SarawakSarawak
30 JulJumaatHari Keputeraan Sultan PahangPahang
24 OgosSelasaHari Jadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka
29 SepRabuHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
30 SepKhamisHari Keputeraan Sultan Kelantan (hari kedua)Kelantan
9 OktSabtuHari Jadi Yang di-Pertua Negeri SarawakSarawak
5 NovJumaatHari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 DisSabtuHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisJumaatChristmas EveSabah
26 DisAhadIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu

Cuti ganti 2027

Akta Hari Kelepasan 1951 (seksyen 3) menetapkan, jika cuti umum jatuh pada hari Ahad, hari esoknya jadi cuti. Jika hari esok itu sudah cuti umum, cuti ganti pindah ke hari selepasnya. Cuti umum yang jatuh hari Sabtu tidak diganti. Ini senarai cuti ganti 2027 yang kami kira untuk negeri hujung minggu Sabtu–Ahad:

TarikhSebabNegeri
8 FebIsninTahun Baharu Cina (hari kedua) jatuh AhadSemua kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
9 FebSelasaTahun Baharu Cina (hari kedua); 8 Feb sudah cuti Awal RamadanJohor
1 JunSelasaPesta Kaamatan jatuh Ahad; 31 Mei sudah cutiSabah dan Labuan
8 JunSelasaAwal Muharram jatuh Ahad; 7 Jun sudah cuti Keputeraan AgongSemua kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu
12 JulIsninHari Hol Almarhum Sultan Iskandar jatuh AhadJohor
16 OgosIsninMaulidur Rasul jatuh AhadSemua kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu
27 DisIsninIsrak dan Mikraj jatuh AhadNegeri Sembilan dan Perlis

Kedah, Kelantan dan Terengganu cuti hujung minggu Jumaat–Sabtu dan ikut peraturan cuti ganti yang berbeza, jadi semak pengumuman kerajaan negeri masing-masing.

Kalau korang bekerja di sektor swasta di Semenanjung atau Labuan, Akta Kerja 1955 beri sekurang-kurangnya 11 hari cuti umum bergaji setahun. Lima daripadanya wajib: Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, hari keputeraan Raja atau Yang di-Pertua Negeri (atau Hari Wilayah Persekutuan), dan Hari Pekerja. Selebihnya dipilih oleh majikan, jadi cuti ganti hanya terpakai jika majikan korang memilih cuti umum itu.

Cuti sekolah 2027 (Kalendar Akademik KPM)

Sesi persekolahan 2027 bermula serentak pada Isnin, 4 Januari 2027. KPM bahagikan sekolah kepada dua kumpulan: Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu) dan Kumpulan B (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

CutiKumpulan AKumpulan B
Sesi 2027 bermula4 Jan 20274 Jan 2027
Cuti Penggal 15 – 13 Mac6 – 14 Mac
Cuti Pertengahan Tahun21 Mei – 5 Jun22 Mei – 6 Jun
Cuti Penggal 227 Ogos – 4 Sep28 Ogos – 5 Sep
Cuti Akhir Persekolahan3 – 31 Dis4 – 31 Dis
Sesi 2028 bermula3 Jan 20283 Jan 2028

Hari Raya Aidilfitri (10–11 Mac) jatuh dalam Cuti Penggal 1, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh dalam Cuti Pertengahan Tahun, dan Hari Krismas dalam Cuti Akhir Persekolahan.

Cuti tambahan perayaan KPM 2027

KPM juga beri cuti tambahan sempena perayaan. Hari-hari ini tidak perlu diganti.

PerayaanKumpulan AKumpulan B
Tahun Baharu Cina (6–7 Feb)9, 10, 11 Feb; Kelantan dan Terengganu juga 8 Feb5, 9, 10, 11, 12 Feb
Hari Raya Aidilfitri (10–11 Mac)14 MacTiada (dalam cuti penggal)
Hari Raya Qurban (17 Mei)16 dan 19 Mei; Kedah juga 18 Mei18 dan 19 Mei
Hari Wesak (20 Mei)Tiada21 Mei
Hari Deepavali (28 Okt)27 Okt27 dan 29 Okt; Sarawak 28 Okt sahaja

Bila anak-anak paling lama tak ke sekolah

Bila cuti penggal, cuti umum, cuti tambahan KPM dan hujung minggu dicantum, ini tempoh paling panjang murid tidak ke sekolah pada 2027. Inilah tarikh yang paling ramai keluarga akan pilih untuk bercuti:

TempohKumpulan AKumpulan B
Tahun Baharu Cina5 – 13 Feb (9 hari)5 – 14 Feb (10 hari)
Hari Raya Aidilfitri5 – 14 Mac (10 hari)6 – 14 Mac (9 hari)
Raya Haji, Wesak dan pertengahan tahun14 Mei – 7 Jun (25 hari)15 Mei – 8 Jun (25 hari)
Merdeka dan Cuti Penggal 227 Ogos – 4 Sep (9 hari)28 Ogos – 5 Sep (9 hari)
Deepavali27 – 30 Okt (4 hari)27 – 31 Okt (5 hari), kecuali Sarawak
Akhir tahun3 Dis – 2 Jan 20284 Dis – 2 Jan 2028

Kumpulan B pada Jun: 7 Jun cuti Hari Keputeraan Agong dan 8 Jun cuti ganti Awal Muharram (kiraan kami), jadi sekolah dibuka semula Rabu, 9 Jun.

Bila patut beli tiket flight untuk cuti 2027

Semua orang tengok kalendar yang sama, jadi tiket pada tarikh paling popular biasanya naik dulu. Ini cara kami susun:

  • Hari Raya Aidilfitri (10–11 Mac): laluan balik kampung, terutama ke Sabah dan Sarawak, penuh paling awal. Kalau dah tahu tarikh balik, jangan tunggu pengisytiharan rasmi tarikh raya. Pilih tiket yang boleh tukar tarikh jika risau raya berubah sehari.
  • 15 Mei – 8 Jun: tempoh paling sesak tahun 2027 kerana Raya Haji, Wesak, Awal Muharram dan cuti sekolah bercantum. Kalau bawa anak, beli tiket sekarang. Elakkan balik pada hujung minggu terakhir (5–8 Jun) jika boleh.
  • Cuti yang tak bertembung dengan cuti sekolah lebih murah: Hari Malaysia (16–19 Sep) jatuh dalam musim persekolahan untuk semua negeri. Jika korang tak terikat dengan cuti sekolah, inilah cuti panjang yang paling sesuai untuk tunggu promosi.
  • Terbang pada hari yang kurang popular: penerbangan Jumaat malam dan Ahad petang biasanya paling mahal pada cuti panjang. Jika korang ambil AL, cuba bertolak Khamis malam atau balik Isnin pagi.
  • Pasang alert harga: guna alert harga di Google Flights, Skyscanner atau Trip.com untuk tarikh pilihan, dan join channel Telegram kami untuk promo tiket.

Contoh: kami pernah jumpa tiket Malaysia Airlines ke London dan Paris serendah RM2,175 untuk cuti sekolah Mei 2027 dengan naik dari Singapura. Sebelum bayar, pastikan nama penumpang betul; lihat cara isi nama penumpang ikut format MAS, AirAsia dan Batik Air.

Soalan lazim cuti umum dan cuti sekolah 2027

Bila Hari Raya Aidilfitri 2027?

Rabu dan Khamis, 10 dan 11 Mac 2027, mengikut jadual Jabatan Perdana Menteri. Tarikh ini masih tertakluk kepada pengisytiharan rasmi. Melaka cuti satu hari lagi pada Jumaat, 12 Mac.

Berapa hari cuti umum persekutuan pada 2027?

Ada 12 cuti umum persekutuan yang meliputi 14 hari, kerana Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri masing-masing dua hari. Setiap negeri juga ada cuti negeri sendiri.

Bila cuti ganti Tahun Baharu Cina 2027?

Isnin, 8 Februari 2027 untuk kebanyakan negeri, kerana hari kedua Tahun Baharu Cina jatuh hari Ahad. Di Johor, 8 Februari sudah cuti Awal Ramadan, jadi cuti gantinya Selasa, 9 Februari.

Ada cuti ganti untuk Hari Pekerja 1 Mei 2027?

Tidak, bagi negeri yang cuti hujung minggu Sabtu–Ahad. Hari Pekerja jatuh hari Sabtu, dan Akta Hari Kelepasan 1951 hanya beri cuti ganti apabila cuti umum jatuh pada hari Ahad.

Cuti panjang mana paling berbaloi pada 2027?

Raya Haji dan Wesak. Ambil cuti tahunan 18, 19 dan 21 Mei, dan korang dapat 9 hari berturut-turut dari 15 hingga 23 Mei. Paling mudah pula Awal Muharram dan Hari Keputeraan Agong: 5 hingga 8 Jun ialah 4 hari tanpa ambil cuti tahunan. Kiraan ini untuk negeri hujung minggu Sabtu–Ahad.

Bila sesi persekolahan 2027 bermula?

Isnin, 4 Januari 2027 untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Sesi tamat 2 Disember (Kumpulan A) dan 3 Disember 2027 (Kumpulan B), dan sesi 2028 bermula 3 Januari 2028.

Bila cuti sekolah pertengahan tahun 2027?

Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu) 21 Mei hingga 5 Jun 2027, dan Kumpulan B 22 Mei hingga 6 Jun 2027. Dengan cuti Raya Haji, Wesak dan cuti tambahan KPM, murid Kumpulan B sebenarnya tidak ke sekolah dari 15 Mei hingga 8 Jun.

Bila patut beli tiket flight untuk cuti 2027?

Untuk Hari Raya, cuti sekolah Mei–Jun dan cuti akhir tahun, beli seawal yang boleh kerana ramai orang terbang pada tarikh yang sama. Untuk cuti yang tidak bertembung dengan cuti sekolah, seperti Hari Malaysia, harga biasanya lebih rendah dan korang boleh tunggu promosi.

Sumber: Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2027 · Kementerian Pendidikan Malaysia, Kalendar Akademik Tahun 2027 · Berita RTM, KPM umum Sesi Persekolahan 2027 bermula 4 Januari (3 Okt 2026) · Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), seksyen 3. Cuti ganti dan cuti panjang ialah kiraan kami. Disemak 22 Okt 2026.