Pemburu
Tiket Murah
Join Telegram
AKAirAsia
Tips tiket

Cara Isi Nama Untuk Membeli Tiket Penerbangan Air Asia

Diterbitkan 2 min bacaPemburu Tiket Murah

Air Asia (AA) adalah antara Airlines yang terkenal di dunia dalam kategori tambang murah. Penerbangan mereka merangkumi seluruh Malaysia dan beberapa tempat menarik di dunia. Air Asia juga menjanjikan korang penjimatan dengan penggunaanya.

Baca juga: Cara Isi Nama Untuk Membeli Tiket Penerbangan Malaysia Airlines

Air Asia menyediakan panduan dan cara untuk mengisi nama korang ketika membuat tiket penerbangan. Panduannya adalah seperti berikut:

  • Semasa korang mengisi butiran guest details ketika membuat tempahan penerbangan, sila pastikan nama korang dieja dengan betul dan secara mandatorinya sama dengan ejaan dalam passport, visa, kad pengenalan kebangsaan (IC) dan dokumen perjalanan yang lain.
Name on the Passport/ Identification CardGiven NameFamily Name/ Surname
Mohd Aliff Danial Bin Mohd NoorMohd Aliff DanialBin Mohd Noor
Manimegalai A/P RaveeManimegalaiRavee
Denise Yeoh Su YenDenise Su YenYeoh
Ng Keck TsingKeck TsingNg
Giabelle P. Dela CruzGiabelleDela Cruz
Patcharin SomsungnoenPatcharinSomsungnoen
Le Ho Minh TramHo Minh TramLe

Kalau korang nak ketahui lebih lanjut berkenaan cara mengisi nama bagi penerbangan Air Asia; korang boleh terus rujuk Booking-Guide Air Asia. Urutan nama bagi Air Asia sama seperti nama kita di Malaysia; maka berkemungkinan tiada masalah untuk bahagian ini.

Jika terdapat sebarang permasalahan berkaitan dengan perubahan nama dan sebagainya; korang boleh terus hubungi Air Asia menerusi pelbagai talian bantuan mereka.

Sebelum korang ingin ke luar negara dan ingin membuat tempahan tiket kapal terbang, pastikan korang mengikut panduan yang ditetapkan oleh pihak Airlines bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Terus hubungi pihak Airlines untuk maklumat lebih lanjut.

Harap posting ini membantu bagi korang yang ingin bercuti dengan menaiki kapal terbang.